awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing

Bernama
Bernama
10/03/2025
11:30 MYT
JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, yang dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, yang dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata dalam serbuan pada pukul 11 pagi tadi, pihaknya turut menahan dua warga tempatan masing-masing seorang lelaki dan wanita disyaki ejen klinik berkenaan.
"Semua warga asing yang ditahan berasal dari Vietnam melibatkan tujuh lelaki dan dua wanita. Kesemua mereka, termasuk dua warga tempatan itu dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi tujuan dokumentasi," katanya.
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.
Wan Mohamed Saupee berkata rakyat tempatan yang menjadi ejen diberi komisen antara lima hingga 10 peratus daripada jumlah bayaran dikenakan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pembedahan di klinik berkenaan.
Bernama yang berkesempatan mengikuti serbuan itu mendapati antara perkhidmatan pembedahan kosmetik yang ditawarkan adalah bagi mencantikkan bahagian hidung, kelopak mata dan menegangkan muka.
Perkhidmatan pembedahan kosmetik itu ditawarkan pada harga antara RM1,000 sehingga RM15,000 menggunakan perkhidmatan 'doktor' lelaki dari Vietnam yang dipercayai tidak mempunyai lesen dan sijil untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan di negara ini.
Perkhidmatan itu turut dipromosikan di aplikasi media sosial oleh ejen berkenaan yang memaklumkan pelanggan mereka terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing.
Serbuan turut mendapati bilik utama di kedua-dua unit kondominium yang disewa pada harga RM2,600 sebulan itu dijadikan bilik bedah yang lengkap dengan pelbagai alat pembedahan kosmetik termasuk ubat-ubatan dipercayai diimport.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#pembedahan kosmetik
#serbu klinik
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan