awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIM Terengganu cekup 11 PATI

Bernama
Bernama
15/07/2025
13:45 MYT
JIM Terengganu cekup 11 PATI
Mohd Yusri berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 22 hingga 40 tahun, hasil pemeriksaan pihak berkuasa ke atas 120 individu warga asing dan rakyat tempatan di 12 premis. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA TERENGGANU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 11 pendatang asing tanpa izin dalam Ops Bersepadu yang dijalankan bersama jabatan dan agensi berkaitan di sekitar sini dan Kuala Nerus hari ini.
Pengarahnya Mohd Yusri Mohd Nor berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 22 hingga 40 tahun, hasil pemeriksaan pihak berkuasa ke atas 120 individu warga asing dan rakyat tempatan di 12 premis.
"Bagi pihak JIM kita membuat 11 tangkapan melibatkan tujuh lelaki Bangladesh, tiga lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia.
"Antara kesalahan yang dilakukan adalah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen iaitu tidak memiliki sebarang dokumen yang sah, kedua; Seksyen 15 (1)(C) tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen dan terakhir Peraturan 39B menyalahgunakan pas," katanya kepada pemberita selepas operasi.
Beliau berkata pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar yang memandu kereta tanpa lesen meskipun dia cuba melarikan diri dengan kereta tersebut sejauh dua kilometer.
"Setelah berjaya dikejar dan ditangkap oleh anggota JIM, lelaki tersebut diserahkan kepada JPJ (Jabatan Pengangukat Jalan) untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#pati
#warga asing
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan