awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Keluar Kerajaan Perpaduan hanya cetus huru-hara, tindakan ikut emosi - Tok Mat
Pemain badminton Denmark Antonsen tarik diri daripada Terbuka India akibat pencemaran udara
Hong Kong ikrar perkukuh keselamatan bangunan selepas kebakaran maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM latih pegawai NLP jaga pintu masuk negara

Bernama
Bernama
14/01/2026
20:30 MYT
JKDM latih pegawai NLP jaga pintu masuk negara
Anis Rizana berkata aspek kewaspadaan merujuk kepada peranan jabatan itu dalam memastikan barangan larangan dan berbahaya tidak dibawa masuk ke negara ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah melatih sebanyak 65 pegawai barisan hadapan dalam kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan Neuro-Diversity Programming bagi meningkatkan keupayaan mengenal pasti tingkah laku mencurigakan penumpang.

Ringkasan AI
  • JKDM melatih 65 pegawai barisan hadapan menggunakan kursus NLP dan Neuro-Diversity Programming untuk mengenal pasti tingkah laku mencurigakan penumpang semasa pemeriksaan, membolehkan semakan lebih terperinci dilakukan.
  • Latihan kepakaran, risikan, dan teknologi membantu JKDM mengimbangi cara perdagangan yang sah sambil memastikan penguatkuasaan undang-undang demi keselamatan negara dan masyarakat.
  • Hari Kastam Sedunia ke-44 akan disambut dengan pameran rampasan terbuka di Cyberjaya yang mengangkat tema "Kastam Melindungi Masyarakat Melalui Kewaspadaan dan Komitmen" untuk memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan negara.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata pegawai jabatan berkenaan yang telah dilatih mampu menilai ekspresi wajah, bahasa tubuh dan gerak-geri penumpang ketika melalui proses pemeriksaan, sekali gus membolehkan semakan lebih terperinci dilakukan terhadap individu yang disyaki.
Beliau berkata pendekatan berasaskan latihan kepakaran, risikan dan teknologi itu membantu pihaknya mengimbangi keperluan memudah cara perdagangan yang sah, di samping memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berkesan demi melindungi keselamatan negara dan masyarakat.
"Mereka (pegawai yang dilatih) boleh menilai riak dan ekspresi muka, gerak tubuh badan seseorang penumpang, mereka boleh buat semakan yang lebih teliti terhadap penumpang berkenaan jika berasa curiga," katanya ketika menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV Rabu malam.
Dalam pada itu, Aniz Rizana memaklumkan Hari Kastam Sedunia ke-44 akan disambut pada 26 Jan ini di Cyberjaya yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata antara pengisian pada sambutan yang mengangkat tema "Kastam Melindungi Masyarakat Melalui Kewaspadaan dan Komitmen" itu ialah pameran rampasan terbuka kepada orang ramai.
Anis Rizana berkata aspek kewaspadaan merujuk kepada peranan jabatan itu dalam memastikan barangan larangan dan berbahaya tidak dibawa masuk ke negara ini melalui pemeriksaan kontena serta pematuhan kepada keperluan permit agensi berkaitan.
"Kastam menahan kontena bagi memastikan barang yang dibawa masuk selamat, tidak mencemar alam sekitar dan mematuhi undang-undang, termasuk keperluan permit daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar," katanya.
Beliau berkata JKDM turut memperkukuh keupayaan penguatkuasaan melalui penggunaan maklumat risikan, kerjasama serantau dan teknologi analisis data bagi memastikan tindakan diambil secara tepat dan berfokus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#maklumat risikan
#Jabatan Alam Sekitar
#analisis data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan