awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM sudah kemuka laporan penyeludupan dadah ke Australia kepada Perdana Menteri

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/05/2023
11:31 MYT
JKDM sudah kemuka laporan penyeludupan dadah ke Australia kepada Perdana Menteri
Zazuli bercakap pada sidang media di Kompleks Pencegahan Kastam Negeri di Perai, Pulau Pinang pada Jumaat. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah menghantar laporan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes penyeludupan dadah 336 kilogram dadah bernilai RM789.56 juta melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata, laporan berkenaan yang dihantar 3 Mei lalu bagaimanapun memerlukan maklumat lanjut daripada Pasukan Sempadan Australia (ABF) bagi melengkapkan laporan sedia ada.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan dan pihaknya percaya Malaysia hanya menjadi lokasi transit sebelum dadah berkenaan dibawa ke Australia.
"Laporan itu masih tidak lengkap lagi, masih ada yang kita perlu lengkapkan. Kita dah hantar namun Australian Border Post belum bagi beri maklumat lengkap. Kita serah pada 3 Mei lepas. Setakat ini tiada penahanan dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Pencegahan Kastam Negeri di Perai, Pulau Pinang pada Jumaat.
Media sebelum ini, melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan minggu lalu, berkata, Pasukan Sempadan Australia (ABF) berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen, yang masing-masing seberat 500 kilogram.
Susulan kejadian itu, kerajaan memberikan tempoh maksimum dua minggu kepada JKDM bagi mengemukakan laporan penuh kejadian.
Perdana Menteri berkata kejadian itu menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem kerajaan yang sepatutnya mampu mengesan kegiatan berkenaan, namun gagal.
Jelasnya, kerajaan memandang serius kejadian berkenaan dan mengarahkan siasatan terperinci dilakukan agensi penguatkuasaan, termasuk memastikan perkara itu tidak berulang pada masa depan.
Topic Berkaitan
#Seludup dadah
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Australia
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan