awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM tumpas sindiket edar dadah 880kg bernilai RM18 juta

Raffi Bachik
Raffi Bachik
29/01/2018
07:09 MYT
JKDM tumpas sindiket edar dadah 880kg bernilai RM18 juta
Antara dadah yang dirampas pihak berkuasa dalam satu serbuan di Kajang, Selangor.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan merampas 880 kilogram (kg) dadah yang bernilai hampir RM18 juta dalam serbuan di Kajang, Selangor, Jumaat lalu.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam, berkata serbuan yang dibuat hasil maklumat orang awam di sebuah premis yang dijadikan stor simpanan sekitar 11.30 malam itu, berjaya menemui 31 guni dadah jenis heroin seberat 766kg dan enam guni dadah jenis ketamin seberat 114kg.
Beliau berkata, kesemua dadah yang kononnya diisytihar sebagai garam itu dipercayai dibawa masuk dari Karachi, Pakistan melalui Pelabuhan Klang, menggunakan dua buah kontena.
Jelasnya, pada serbuan itu, seramai 18 warga asing termasuk tiga wanita iaitu 10 warga Pakistan dan masing-masing empat Myanmar dan Indonesia berusia 18 sehingga 50 tahun turut ditahan.
Siasatan awal juga mendapati sindiket berkenaan dipercayai didalangi warga asing dan sebahagian daripada mereka yang ditahan juga adalah suspek utama.
“Kita berjaya menumpaskan pengedaran dadah berbahaya sebanyak 880kg dengan anggaran nilai hampir RM18 juta.
“(Polis) bertindak atas maklumat awam. JKDM Narkotik telah menyerbu sebuah premis di Kajang dan kita telah berjaya menahan seramai 18 orang warga asing. Daripada 18 orang ini, 3 adalah wanita,” ujar T Subromaniam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di cawangan narkotik ibu pejabat JKDM di Nilai pada Isnin.
Mengulas lanjut katanya, modus operandi sindiket itu adalah dengan meletakkan setiap guni dadah seberat 25kg itu, bersama 1,885 guni garam, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Pihaknya turut percaya, Malaysia hanya menjadi tempat transit dan akan menjalankan siasatan terperinci sama ada terdapat pembabitan warga tempatan atau sebaliknya.
Katanya, siasatan terhadap semua warga asing itu juga mendapati hanya tujuh daripada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya.
Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai sabtu lalu untuk dijalankan siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Imigresen
#jenayah
#JKDM
#kastam
#pengedaran dadah
#pihak berkuasa
#serbuan
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan