awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKN Perlis perkasa usaha semarakkan kembali tradisi masyarakat Melayu

Bernama
Bernama
25/10/2025
21:00 MYT
JKKN Perlis perkasa usaha semarakkan kembali tradisi masyarakat Melayu
Shahrizal (dua, kiri) mengiringi Abu Bakar (tengah) pada majlis perasmian Program Budaya @ Komuniti Kampung Wai, di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis, semalam. - Facebook JKKN Perlis
KANGAR: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis memperkasakan usaha menyemarakkan kembali aktiviti tradisi masyarakat Melayu di negeri itu, menerusi penganjuran Program Budaya @ Komuniti Kampung Wai yang berlangsung dua hari bermula semalam di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis dekat sini.

Ringkasan AI
  • Memulih dan Memperkasakan Tradisi Melayu - JKKN Perlis menganjurkan Program Budaya @ Komuniti Kampung Wai untuk menghidupkan semula aktiviti tradisi seperti berendoi, rewang, nyanyian lagu irama Malaysia dan sepak raga rakyat.
  • Memupuk Jati Diri dan Harmoni Komuniti - Program ini bertujuan memperkukuh identiti budaya Melayu serta menyemai semangat seni dan budaya dalam kalangan generasi muda dan masyarakat desa.
  • Daya Tarikan Pelancongan Tempatan - Inisiatif ini turut memperkenalkan produk pelancongan dan elemen budaya unik seperti Choley, yang berpotensi menarik pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negeri.

Pengarah JKKN Perlis Shahrizal Abdan berkata penganjuran program itu, memberikan peluang komuniti setempat menonjolkan aktiviti masyarakat Melayu yang semakin dilupakan seperti adat berendoi rewang masak laksa, pertandingan nyanyian lagu irama Malaysia dan sepak raga rakyat.
"Kita mengangkat semula aktiviti tradisi ini bagi memperkukuh identiti budaya masyarakat Melayu. Usaha ini bukan sahaja menghidupkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat desa, tetapi juga memperkukuh jati diri generasi muda terhadap seni dan budaya tradisional," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Luar Bandar Perlis Abu Bakar Hamzah, di Dataran Kampung Wai itu dekat sini semalam.
Shahrizal berkata penganjuran program dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perlis turut memperkenalkan produk pelancongan tempatan kepada pengunjung, sekali gus berpotensi menyumbang kepada kerancakan sektor pelancongan di Perlis.
Sementara itu, Abu Bakar berkata kerajaan negeri menyokong penuh inisiatif JKKN Perlis dalam usaha memartabatkan warisan budaya tempatan sebagai identiti dan daya tarikan pelancongan negeri.
"Program seperti ini bukan sahaja memelihara budaya bangsa, tetapi juga boleh menarik kedatangan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman adat dan kehidupan masyarakat tempatan.
"Kita mahu menjadikan elemen seni budaya seperti 'Choley' (kenderaan berhias berasaskan motosikal yang diubah suai) sebagai satu tarikan istimewa Perlis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKN Perlis
#aktiviti tradisi masyarakat Melayu
#Program Budaya Komuniti
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan