NATIONAL
JKKP Johor arah pegawai siasat kejadian letupan, kebakaran di Pengerang

Dua pekerja telah mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Central Medical Facility untuk menerima rawatan lanjut. - Persatuan Bangsa Johor/facebook
Satu pasukan pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah diarah menjalankan siasatan ke atas kejadian kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, awal pagi Jumaat.
Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Pengarah JKKP Johor memaklumkan pasukan penyiasat itu masih lagi menunggu keadaan selamat dan stabil sebelum memulakan siasatan.
"JKKP memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam."
JKKP menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang kenyataan atau komen yang mengelirukan berhubung kejadian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami