awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKP keluar notis henti kerja, pekerja maut dihempap forklift

Bernama
Bernama
02/08/2024
03:00 MYT
JKKP keluar notis henti kerja, pekerja maut dihempap forklift
Kemalangan membabitkan pekerja lelaki itu berlaku pada 9.40 malam Isnin lepas dan mangsa ialah pemandu forklift berkenaan. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian serta-merta kerja-kerja di kawasan kejadian seorang pekerja asing maut dihempap jentera pengangkut (forklift) di sebuah kilang pembuatan, di sini.
Pengarah berkenaan Hairozie Asri berkata kemalangan membabitkan pekerja lelaki itu berlaku pada 9.40 malam Isnin lepas dan mangsa ialah pemandu forklift berkenaan.
"Sebelum kejadian, mangsa sedang menjalankan kerja mengangkat dan memindahkan barang-barang di dalam kawasan logistik di kilang itu, dia dilaporkan dihempap oleh forklift yang hilang keseimbangan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Sepasukan pegawai penyiasat dari JKKP Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima pemberitahuan mengenai kes kejadian kemalangan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di kilang berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada pihaknya, tambah Hairozie
"Kami akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti serta lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKP
#notis berhenti kerja
#pekerja maut
#dihempap forklift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan