awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKP panggil pengurusan tertinggi kontraktor siasat insiden SUKE - Awang

Bernama
Bernama
28/03/2021
08:15 MYT
JKKP panggil pengurusan tertinggi kontraktor siasat insiden SUKE - Awang
Dalam insiden 22 Mac lepas, tiga buruh asing maut, manakala seorang cedera selepas struktur kren di tapak projek pembinaan SUKE, terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras. - Gambar fail/Astro AWANI
PENDANG: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan memanggil pihak pengurusan tertinggi termasuk ketua pegawai eksekutif dan pengerusi syarikat kontraktor, berhubung siasatan insiden di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata pihak berkenaan diminta membentangkan segala prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta penambahbaikan yang sudah dibuat bagi mengelakkan insiden sama berulang.
"Sebelum ini seminar serta kursus diadakan hanya melibatkan pegawai Occupational Safety and Health (OSH)... Ini satu perkara besar yang melibatkan kos berbilion ringgit.
"Perkara ini perlu diambil perhatian serius... (Kita akan tengok) kalau ada kecuaian di pihak kontraktor dan kita akan pertingkat SOP dalam semua sektor jika ada lagi kelemahan atau ada SOP perlu diperbaharui," katanya kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin di Maktab Rendah Sains MARA Pendang di sini hari ini.
Awang berkata perjumpaan itu diadakan pada 5 Apr depan dan antara tindakan yang akan dilaksanakan ialah mengadakan akujanji komitmen pihak-pihak terlibat dengan projek SUKE supaya meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja.
Dalam insiden 22 Mac lepas, tiga buruh asing maut, manakala seorang cedera selepas struktur kren di tapak projek pembinaan SUKE, terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Insiden kren SUKE
#abatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
#JKKP
#Kontraktor
#tragedi suke
#Timbalan Menteri Sumber Manusia
#Awang Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan