awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/04/2024
23:20 MYT
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah bercakap kepada pemberita ketika menziarahi keluarga Mohd Shahrizan Termizi di Taman Lekir Indah, Lekir, dekat Lumut, semalam. -- Foto Facebook Salbiah
LUMUT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak akan membantu memberi kaunseling kepada keluarga mangsa dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Selasa.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pihak JKM telah melawat keluarga mangsa di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Menurutnya, selain menyampaikan sumbangan dari Tabung Bantuan Wang Segera dan sumbangan peribadi, mereka juga memantau situasi keluarga berkenaan.
“Kita akan melihat dari segi pendekatan kepada keluarga mangsa macam mana. Apa sokongan yang perlu intervensi, yang perlu kita buat selepas ini, terutamanya.
“Mungkin sehari dua ini kita tak dapat lihat kesannya macam mana, tetapi mungkin (lepas) seminggu, dua minggu. Jadi, JKM akan buat lawatan susulan kepada setiap keluarga,” katanya.
Salbiah berkata demikian kepada pemberita semasa menziarahi keluarga Pegawai Waran II TMK Allahyarham Mohd Shahrizan Mohd Termizi di Taman Lekir Indah, Lekir, dekat sini, semalam.
Salbiah berkata, JKM juga akan memantau keadaan anak-anak mangsa.
“Tentulah mana-mana anak-anak yang kehilangan ibu bapa akan trauma, akan terkejut, sebab itu kita akan bagi masa dan JKM pun akan masuk dan melihat kondisi anak-anak macam mana, kita perlu melihat kesesuaian,” ujarnya.
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).
Pada Selasa, TLDM mengesahkan helikopter tersebut dan sebuah helikopter FENNEC terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi.
Insiden itu melibatkan seramai 10 orang, masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.
Mereka yang terkorban dari pesawat HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy; BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.
Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad, Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#helikopter TLDM terhempas
#kaunseling
#Salbiah Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan