awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM cari waris bayi dibuang berhampiran rumah kongsi

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2021
04:44 MYT
JKM cari waris bayi dibuang berhampiran rumah kongsi
JKM mencari waris bayi perempuan yang dijumpai berhampiran rumah kongsi perumahan Taman Ara Sendayan, Seremban pada 7 September lepas. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seremban mencari ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan yang dijumpai oleh orang awam berhampiran rumah kongsi perumahan Taman Ara Sendayan, Seremban di sini pada 7 September lepas.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Mustafal Bakri Mohammad Yusof berkata, bayi berusia sebulan enam hari itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak- kanak 2001.
"Bayi berkenaan diperintahkan diletakkan pada orang yang layak dan sesuai pada Rabu lepas.
"JKM juga menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 untuk melakukan siaran akhbar," katanya kepada Sinar Harian.
Mustafal Bakri berkata, JKM ingin mengesan waris kepada bayi itu bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.
"Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Emelia Kamarulzaman 06-6015798," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan di sini pada 7 September lepas.
BACA: Bayi perempuan ditemui atas rumput
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dalam kenyataannya berkata, polis menerima maklumat berkenaan penemuan bayi itu pada jam 11.52 pagi daripada seorang lelaki.
Pemeriksaan di lokasi mendapati, bayi itu masih mempunyai tali pusat serta uri dan tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan hanya terdapat gigitan serangga.
Sementara itu, berdasarkan keadaan bayi berkenaan, polis percaya bayi itu dilahirkan kurang daripada 12 jam.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#bayi
#waris
#ibu kandung
#Taman Ara Sendayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan