awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM dapatkan perintah jaga empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal

Bernama
Bernama
27/11/2023
08:03 MYT
JKM dapatkan perintah jaga empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal
Empat beradik terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu ditemukan ditinggalkan Khamis lepas. -Gambar fail/Twitter Bernama
IPOH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon perintah sementara bagi membolehkan empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, minggu lepas, diletakkan di bawah pengawasan jabatan itu.
Pengarah JKM Perak Nor Tipah Majin berkata ia merupakan bantuan sokongan yang dilaksanakan sementara pihaknya mengesan ibu bapa kesemua kanak-kanak berkenaan.
"Pihak polis masih mengesan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak berkenaan. Pada masa sama, JKM memberi tumpuan kepada perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak itu.
"JKM juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi tujuan pengesanan ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan kesihatan yang dijalankan terhadap empat beradik itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, mendapati mereka berada dalam keadaan baik serta tiada sebarang kesan kecederaan fizikal.
Empat beradik terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima menerusi Pegawai JKM daerah pada 5.39 petang.
Menurut Hafezul Helmi berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#pondok pengawal
#empat beradik
#MDPT
#perintah sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan