KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan 53 notis kesalahan terhadap premis yang gagal menjaga kebersihan di Kuala Krai, semalam.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata notis itu dikeluarkan semasa Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 10/2023 yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jabatan berkenaan bagi memastikan premis makanan mematuhi peraturan ditetapkan.
"Pemeriksaan yang melibatkan 68 kakitangan JKNK memberi keutamaan pada premis makanan yang terletak di sekitar bandar dan jalan utama di Kuala Krai serta premis tular menerusi media sosial yang menjadi tempat tumpuan orang ramai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Zaini berkata dalam operasi itu, sebanyak 54 premis makanan diperiksa dan 72 peratus dikategorikan sebagai premis bersih, manakala tiada premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Sebanyak 53 Notis Seksyen 32B, Notis Memerintahkan Kehadiran di Mahkamah dikeluarkan oleh JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan yang tegar bagi pelbagai kesalahan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan jumlah nilai kompaun sebanyak RM12,200.
Dr Zaini berkata tiga notis memerintahkan kehadiran di mahkamah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 8 iaitu tidak mempamerkan Perakuan Pendaftaran di premis makanan, manakala empat notis di bawah Peraturan 11 dikeluarkan kerana tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan tugas am tuan punya, pemilik atau penghuni premis makanan.
"Dua notis lagi dikeluarkan di bawah Peraturan 31 iaitu berhubung dengan pemeriksaan perubatan dan kesihatan pengendali makanan, 37 notis untuk kesalahan di bawah Peraturan 32 berkaitan dengan pakaian pengendali makanan," katanya.
Beliau berkata selain itu, enam notis diberikan berkenaan kebersihan pengendali makanan dan satu notis bagi kesalahan tidak mematuhi kehendak yang berhubung dengan penyimpanan pendedahan dan pameran makanan untuk dijual.
"Semua notis boleh dibayar kompaun dalam tempoh masa satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan dan pemilik premis makanan dan pengendali makanan yang didapati tidak mematuhi elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi tahap kebersihan premis," katanya.
Dr Zaini berkata jika pemilik premis makanan masih tidak mematuhi arahan tindakan pembetulan pada lawatan berikutnya, arahan penutupan premis akan dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Dr Zaini berkata dalam operasi itu, sebanyak 54 premis makanan diperiksa dan 72 peratus dikategorikan sebagai premis bersih, manakala tiada premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. - Gambar fail/Sinar Harian
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan premis makanan kotor diarah tutup
Sembilan premis makanan yang didapati kotor telah diarahkan ditutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).
17 cedera main mercun sejak 19 Mac sehingga semalam - JKNK
Sebanyak 17 kes kecederaan akibat bermain mercun dan bunga api dicatatkan di Kelantan sejak 19 Mac sehingga semalam.
SOP banjir JKNK jadi tanda aras persediaan fasiliti kesihatan - Dr Dzulkefly
SOP itu akan dikembangkan sebagai satu amalan di negeri-negeri terkesan banjir seperti Terengganu, Johor dan Pahang.
JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menugaskan 1,086 anggota sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang kini memasuki gelombang kedua.
Musim tengkujuh: JKNK kenal pasti lebih 40 fasiliti kesihatan berisiko banjir di Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengenal pasti lebih 40 fasiliti kesihatan negeri berisiko mengalami banjir pada musim tengkujuh.
JKNK keluarkan 53 notis terhadap premis gagal jaga kebersihan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan 53 notis kesalahan terhadap premis yang gagal menjaga kebersihan di Kuala Krai, semalam.
JKNK sasar lebih 50,000 kanak-kanak terima suntikan vaksin pneumokokal
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyasarkan lebih 50,000 kanak-kanak di negeri ini yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 menerima suntikan vaksin pneumokokal secara percuma.
Cuaca panas: Jabatan Kesihatan Kelantan bincang dengan beberapa agensi
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk agensi pengurusan bencana negeri berikutan fenomena cuaca panas yang melanda ketika ini.
Kelantan catat penurunan kes baharu penghidap HIV sejak 2016
Perubahan landskap jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah suntikan juga menunjukkan trend penurunan secara konsisten.
21 PKRC di Kelantan ditutup secara rasmi - Dr Zaini
Tindakan penutupan PKRC terlibat dilakukan selepas mengambil kira negara telah berada pada fasa peralihan ke endemik.