Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) penting untuk mengurangkan politik wang.
"Mercu integriti sesebuah negara adalah institusi politik, jadi ini adalah apa yang diperlukan untuk memastikan pengurangan politik wang.
"Ia juga perubahan yang bagus dalam arena politik negara," kata Low ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
Turut diumumkan adalah pelantikan Low sebagai Pengerusi dan Senator Datuk Seri Idris Jala sebagai Timbalan Pengerusi jawatankuasa tersebut.
"Kerana ia adalah proses konsultatif dan melibatkan beberapa pihak dari masyarakat sivil, badan bukan kerajaan (NGO), semua parti politik, ahli akademik dan lain-lain, jadi saya berharap semua akan bekerjasama dengan saya.
"Ini bukanlah politik. Ia satu keperluan untuk kebaikan negara," kata Low.
Jawatankuasa itu akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambah baikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Astro Awani
Fri Aug 14 2015
LOW: Saya berharap semua akan bekerjasama dengan saya
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
JKNMPP kemuka 32 cadangan selesaikan isu pembiayaan politik
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mengemukakan 32 cadangan bagi menyelesaikan isu melibatkan dana politik.
Pelantikan ke JKNMPP tanggungjawab berat - Wan Saiful
Pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik adalah satu tanggungjawab yang amat berat.
JKNMPP penting untuk kurangkan politik wang - Paul Low
Pengerusi JKNMPP Datuk Paul Low berkata penubuhan jawatankuasa tersebut merupakan satu keperluan untuk kebaikan negara.