awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR Sarawak tawar khidmat forensik siasat runtuhan bangunan kedai lama di Kuching

Bernama
Bernama
06/04/2025
09:30 MYT
JKR Sarawak tawar khidmat forensik siasat runtuhan bangunan kedai lama di Kuching
Pasukan teknikal khas JKR akan melaksanakan penilaian terhadap struktur yang terlibat untuk menentukan punca kegagalan struktur. -Facebook
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan menawarkan khidmat forensik kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) susulan insiden runtuhan struktur sebuah bangunan kedai lama di Jalan Padungan di sini pagi tadi.

Ringkasan AI
  • JKR Sarawak akan menawarkan khidmat forensik kepada MBKS susulan insiden runtuhan struktur bangunan kedai lama di Jalan Padungan.
  • Pasukan teknikal khas JKR akan melaksanakan penilaian terhadap struktur yang terlibat untuk menentukan punca kegagalan struktur.
  • Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pengarah JKR Sarawak Cassidy Morris memaklumkan satu pasukan teknikal khas merangkumi jurutera forensik, pakar struktur dan pegawai penyiasat teknikal jabatan akan digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan penilaian terhadap struktur yang terlibat.
"Siasatan ini meliputi analisis tapak, penilaian kejuruteraan struktur dan pengumpulan bukti fizikal yang dapat menyumbang kepada penentuan punca sebenar kegagalan struktur.
"Keutamaan JKR adalah keselamatan awam dan segala penemuan hasil siasatan akan disalurkan kepada MBKS untuk tindakan lanjut termasuk cadangan pemulihan jika diperlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jabatan berkenaan bersedia menawarkan bantuan teknikal dan khidmat nasihat profesional kepada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkepentingan yang memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, penyelenggaraan infrastruktur serta siasatan teknikal.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyatakan sebahagian dinding kedai berkenaan runtuh, dengan panggilan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 6.23 pagi tadi.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan tiba di lokasi dan mendapati dinding bangunan itu retak serta runtuh," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, tiada kematian dan kecederaan mangsa dilaporkan dalam kejadian terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Jalan Padungan
#khidmat forensik
#MBKS
#runtuhan struktur bangunan kedai lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan