awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR terima 267 laporan kerosakan jalan akibat banjir di enam negeri

Bernama
Bernama
09/01/2021
21:24 MYT
JKR terima 267 laporan kerosakan jalan akibat banjir di enam negeri
Jalan raya mengalami kerosakan teruk ekoran kejadian banjir yang melanda kawasan itu ketika tinjauan di Kampung Air Putih. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG:Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima sebanyak 267 laporan berhubung kerosakan jalan raya, jambatan, cerun runtuh dan jalan mendap membabitkan enam negeri yang dilanda banjir.
Ketua Pengarah JKR Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata negeri terbabit ialah Kelantan, Johor, Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor.
Beliau berkata antara kerosakan dilaporkan membabitkan 141 jalan, 58 cerun runtuh, lapan jalan mendap dan tiga jambatan rosak.
"Kita sudah mengarahkan semua JKR negeri terbabit supaya memantau keadaan itu supaya tidak membahayakan pengguna," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jalan di Lojing, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat disampaikan pemangku Pengarah JKR Kelantan Mohd Suhaili Ismail berhubung kejadian tanah runtuh pada Ahad lepas yang menyebabkan Jalan Gua Musang-Lojing di KM92 rosak, dipenuhi bongkah batu, kayu dan lumpur.
Kerosakan sepanjang hampir dua kilometer menyebabkan jalan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan dan hanya dibuka satu lorong sejak petang Jumaat, selepas kerja pembersihan dijalankan.
Mohamad Zulkefly berkata kajian akan dijalankan bagi mengetahui jumlah sebenar untuk kerja membaik pulih kerosakan jalan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKR
#tanah runtuh
#banjir
#tanah mendap
#jambatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan