awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani isu lambakan kenderaan tersadai - Nga

Bernama
Bernama
26/09/2024
11:16 MYT
JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani isu lambakan kenderaan tersadai - Nga
NGA KOR MING: Antara perkara perlu dihalusi ialah bidang kuasa PBT untuk menarik kenderaan tersadai serta masalah dihadapi dalam mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit. -Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mekanisme undang-undang terbaik bagi menangani isu lambakan kenderaan tersadai di seluruh negara.

Ringkasan AI
  • Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mekanisme undang-undang terbaik bagi menangani isu kenderaan tersadai.
  • Perlu mengkaji bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menarik kenderaan tersadai dan masalah mengenal pasti pemilik kenderaan.
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mengingatkan pemilik kenderaan untuk tidak membiarkan kenderaan tersadai kerana ia menyebabkan pelbagai masalah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara perkara yang perlu dihalusi ialah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menarik kenderaan tersadai serta masalah yang dihadapi dalam mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit.
"Saya difahamkan sekiranya melebihi tempoh masa tertentu maka PBT ada kuasa untuk ambil (tarik kenderaan).
"Cuma, hal itu kita kena kaji dengan Akta Pengangkutan Jalan (1987) dan lihat bagaimana PBT di bawah kerangka undang-undang boleh laksanakan perkara berkenaan," katanya pada sidang media Prapelancaran Sambutan Hari Cuci Malaysia 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas satu laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 2,112 kenderaan tersadai di 64 Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat.
Nga berkata semua pemilik kenderaan diingatkan untuk tidak membiarkan kenderaan tersadai kerana ia akan menyebabkan pelbagai masalah seperti menghalang lalu lintas, ruang parkir tidak mencukupi serta pencemaran.
"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi ini merupakan tanggungjawab kita bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#kenderaan tersadai
#JPJ
#JKT
#pbt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan