awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKTSM akan jumpa pengurusan MYAirline berhubung kebajikan pekerja

Bernama
Bernama
16/10/2023
09:40 MYT
JKTSM akan jumpa pengurusan MYAirline berhubung kebajikan pekerja
Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar pada sidang media ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat penerbangan MyAirline Sdn Bhd (MyAirline) hari ini susulan tindakan syarikat itu menggantung operasinya pada 12 Okt lepas berikutan tekanan kewangan yang ketara.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata perjumpaan itu bertujuan menyediakan pelaporan bagi menentukan tindakan sewajarnya yang boleh diambil pihak kementerian, yang membabitkan kebajikan warga kerja syarikat penerbangan tambang rendah itu.
"Pihak JTKSM akan berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan hari ini dan mereka akan buat pelaporan pada saya, dan (cadangkan) apakah tindakan yang perlu diambil, kita akan ambil dengan sewajarnya," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga diarah turun ke lapangan untuk melihat situasi sebenar berhubung isu berkenaan.
Semalam Sivakumar berkata lebih 500 pekerja syarikat penerbangan itu dijangka menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso jika perkhidmatan mereka ditamatkan.
Sementara itu Sivakumar berkata belum ada keperluan untuk kerajaan merangka satu perundangan khusus berhubung diskriminasi di tempat kerja bagi melindungi mereka yang mempunyai ketidakupayaan mental atau fizikal.
Beliau berkata ini kerana peruntukan undang-undang sedia ada mencukupi bagi melindungi golongan berkenaan selain jumlah kes yang dilaporkan adalah tidak signifikan.
Menurutnya pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa mulai 1 Jan lepas juga telah merangkumi aspek-aspek yang diperlukan melalui Seksyen 69F yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk mendengar dan memutuskan apa-apa isu berkaitan diskriminasi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut soalan dibangkitkan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) di dalam Dewan Rakyat sebelum ini yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk merangka legislatif khas berhubung diskriminasi di tempat kerja bagi melindungi golongan kurang upaya mental atau fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MYAirline
#Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
#Menteri Sumber Manusia
#V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan