MALAYSIA
JOAS serah memorandum tuntut pengiktirafan hak tanah, pemerkasaan kepimpinan Orang Asal

Aaron berkata pihaknya akan meneliti memorandum tersebut dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berhubung isu yang dibangkitkan. - Gambar/ JOAS
BANTING: Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Perpaduan Negara bersempena sambutan Hari Orang Asal 2025 sebagai suara kolektif kumpulan etnik pribumi tersebut di seluruh negara.
Ringkasan AI
- Jaringan Orang Asal SeMalaysia menyerahkan memorandum kepada Kementerian Perpaduan Negara sempena Hari Orang Asal 2025 sebagai suara kolektif etnik pribumi.
- Memorandum menuntut pengiktirafan hak tanah adat, kepimpinan dalam isu iklim, suara belia, tadbir urus inklusif dan pemuliharaan budaya.
- Kerajaan komited meneliti memorandum, menyemak semula Akta Orang Asli 1954 dan memperkukuh penyertaan komuniti dalam pembangunan serta pemeliharaan warisan.
Selain itu memorandum tersebut turut menuntut tadbir urus secara inklusif dan bertanggungjawab serta menghargai Daya tahan budaya serta hubungan dengan tanah adat dan wilayah.
Aaron berkata pihaknya akan meneliti memorandum tersebut dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berhubung isu yang dibangkitkan.
"Memorandum ini akan diteliti dengan serius, dan kehendak mereka akan diberikan perhatian sewajarnya. Segala perkara yang relevan akan diambil kira oleh kerajaan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis berkenaan, di sini hari ini.
Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mengiktiraf masyarakat Orang Asal sebagai elemen penting dalam pembentukan identiti negara dan pemeliharaan kepelbagaian budaya, yang menjadi antara aset kekuatan Malaysia.
Katanya, melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Kerajaan MADANI memberi tumpuan serius untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asal secara menyeluruh dan bersepadu. Antara fokus utamanya ialah penyemakan semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bagi memperkukuh perlindungan hak dan kedudukan komuniti tersebut.
Aaron turut menggesa komuniti Orang Asal agar lebih aktif menyertai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan masing-masing bagi memperkukuh hubungan sosial, semangat kejiranan dan akses kepada program pembangunan setempat.
Selain itu, kerajaan juga akan terus menyokong usaha memulihara bahasa, warisan lisan dan seni budaya masyarakat Orang Asal yang dianggap sebagai aset kebangsaan.
"Warisan budaya ini mengandungi nilai dan pengetahuan tradisional yang penting, termasuk dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim dan kemusnahan biodiversiti," katanya.
Hari Orang Asal 2025 bertemakan 'Pertahankan Bumi, Pulihkan Tanah, Hijauan Semula Masa Depan - Melalui Kearifan Orang Asal' disambut setiap tahun sebagai penghormatan kepada identiti, budaya, sumbangan dan hak Orang Asal yang menjadi sebahagian penting daripada kepelbagaian bangsa dan budaya Malaysia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami