awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos

Bernama
Bernama
18/10/2024
01:45 MYT
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Johari mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA GA) ke-45 di Ventiane, Laos bermula hari ini hingga 22 Okt.
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA GA) ke-45 di Ventiane, Laos bermula hari ini hingga 22 Okt.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan, kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
Kenyataan itu memaklumkan, Johari akan menggariskan visi Parlimen Malaysia sepanjang tempoh kepengerusian AIPA melalui kesepaduan dan kolaborasi erat antara Ahli Parlimen rantau Asia Tenggara.
"(Ini) termasuk memperkukuhkan kerjasama dalam memastikan keselamatan makanan yang mampan, mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui untuk pembangunan lestari serta merapatkan jurang digital dan mempromosikan keterangkuman dalam pembangunan teknologi," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Johari telah mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke mesyuarat Sesi Bersemuka Pemimpin ASEAN bersama Wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Vientiane pada 8 hingga 10 Okt lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sama pada sidang kemuncak itu sebagai ketua peringkat eksekutif menggesa Parlimen di negara ASEAN agar membuka ruang lebih besar kepada ahlinya untuk saling bertukar pandangan memandangkan posisi Asia sedang melonjak sebagai medan ekonomi yang unggul. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#AIPA
#legislatif ASEAN
#Johari Abdul
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan