ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan membangunkan pusat pengumpulan durian di Tangkak susulan jangkaan lambakan raja buah itu dalam masa tiga atau empat tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata berdasarkan tinjauan Jabatan Pertanian Johor, lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas.
Beliau berkata harga durian termasuk Musang King juga akan jatuh sekiranya lambakan itu berlaku.
"Berdasarkan tinjauan Jabatan Pertanian Johor, kita merasakan susulan penanaman durian berskala besar ini akan menyebabkan berlaku lambakan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.
"Justeru itu, apabila penanaman berskala besar ini mula mengeluarkan hasil kerajaan negeri dapat menyimpannya di pusat pengumpulan tersebut," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi pusat pengumpulan itu, hasil durian yang akan melalui proses sejuk beku dapat dipasarkan di luar musim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap itu, berkata usaha membangunkan pusat pengumpulan tersebut akan dilakukan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Jika tidak diambil tindakan awal, saya bimbang harga durian akan jatuh melainkan durian dapat dipasarkan terus ke luar negara seperti China.
"Bagaimanapun, ketika pandemik COVID-19 sebelum ini durian tidak dapat dieksport ke China. Jadi, kita tidak mahu lambakan durian berlaku dan cadangan pusat pengumpulan ini cukup penting agar isi durian dapat disejukbekukan dipasarkan sepanjang tahun," katanya.
Untuk rekod, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan pengeluaran durian sebanyak 141,862 tan metrik pada 2027 dengan Tangkak merupakan daerah pengeluar tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas. - Gambar hiasan/Bernama
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan
Lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas.
Kerajaan wujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil agromakanan
Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil bagi sektor agromakanan negara.
Banjir di Pantai Timur: Bagaimana anda boleh membantu?
Senarai pusat pengumpulan barangan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.