Kerajaan Johor bakal menghantar misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah, dalam usaha meringankan beban ditanggung mangsa bencana alam itu.
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata seramai enam orang wakil delegasi kerajaan negeri akan menyertai misi bantuan kemanusiaan berkenaan yang akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal.
"Bantuan bernilai RM315,000 itu berupa peralatan termasuk khemah, penjana kuasa elektrik dan bekalan air bersih kepada penduduk berkenaan. Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mangsa bencana tsunami di Palu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Selain Dr Sahruddin, turut akan menyertai misi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar; seorang wakil masing-masing daripada Jabatan Kesihatan, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Sukarelawan JDT.
Osman berkata bagaimanapun, kerajaan negeri masih belum menetapkan tarikh pelepasan bagi delegasi itu berikutan masih lagi menunggu kebenaran daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membolehkan delegasi berlepas ke Palu, ditambah kawasan itu masih lagi berlaku gempa bumi susulan.
"Saya juga difahamkan sehingga kini, masih lagi berlaku gempa bumi susulan kecil dan dijangka berterusan. Saya menyeru agar rakyat yang terjejas di sana mengambil langkah-langkah keselamatan dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan, selain sentiasa mengikuti perkembangan berita terkini dan saling berhubung dengan ahli keluarga," katanya.
Sambil menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa yang terjejas akibat bencana yang berlaku, Osman berharap bantuan yang dihulurkan itu nanti dapat membantu menyokong bantuan darurat di kawasan bencana, sekali gus meringankan beban yang dihadapi mereka.
"Saya yakin Indonesia akan dapat bangkit daripada tragedi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 10 2018
Usaha untuk pulih daripada kesan pasca bencana alam di Palu dan Donggala memerlukan sokongan banyak pihak. - Gambar fail
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Johor bakal hantar misi bantuan kemanusiaan ke Palu
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata seramai enam orang wakil delegasi kerajaan negeri akan menyertai misi bantuan kemanusiaan itu.