KUALA LUMPUR: Johor bakal menerima 1.293 juta dos vaksin bulan ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah daripada jumlah itu 583,000 merupakan vaksin Pfizer, 637,000 Sinovac dan baki 73,000 AstraZeneca.
Baginda turut bertitah pada minggu pertama Julai sebanyak 51,100 dos vaksin akan diterima diikuti minggu kedua dengan 178,540 dos.
Pada minggu ketiga Julai sebanyak 278,132 dos vaksin akan diterima manakala pada minggu keempat dengan 394,620.
Minggu akhir Julai, Johor bakal menerima 390,900 dos vaksin.
Tunku Ismail menitahkan baginda akan turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ianya diberikan kepada semua rakyat Johor dengan efisien dan tepat pada masanya.
"Saya akan turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ianya diberikan kepada semua Bangsa Johor dengan efisien dan tepat pada masanya.
"Saya juga telah diberi penerangan oleh pihak berwajib mengenai jumlah pendaftaran dan cara pengedaran vaksin.
"Saya yakin ramai Bangsa Johor akan diberi vaksin dalam beberapa minggu ini menjelang kita ke arah mencapai tahap imunisasi kelompok," titah baginda dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Baginda turut merakam penghargaan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang menjayakan usaha ini dan mengingatkan seluruh rakyat Johor untuk mendaftar vaksin serta mendapatkan vaksinasi.
Astro Awani
Sat Jul 10 2021
Tunku Ismail menitahkan baginda akan turut serta turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ianya diberikan kepada semua rakyat Johor dengan efisien dan tepat pada masanya. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Johor bakal terima 1.293 juta dos vaksin bulan ini - TMJ
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah daripada jumlah itu 583,000 merupakan vaksin Pfizer, 637,000 Sinovac dan baki 73,000 AstraZeneca.
Penduduk Johor bimbang PKP 2.0 gagal, penguatkuasaan tidak ketat
PKP 2.0 dilihat gagal ekoran angka yang direkodkan kian meningkat di beberapa negeri termasuk di Johor.
Syed Saddiq botakkan kepala di Astro AWANI malam ini? Ada berani?
#BotakChallenge. Berikut cabaran diberikan oleh penyampai berita kami, Luqman Hariz untuk Syed Saddiq lunaskan janji beliau secara langsung di kaca televisyen anda pada jam 8.30 malam ini.
Kemelut isu Menteri Besar Johor, dan cerita disebaliknya
Wujud gerakan dari luaran dan dalaman agar ADUN Kempas itu mengundurkan diri, baik dari Putrajaya, dan Bersatu sendiri.
Statut Rom: Kerajaan tidak melemahkan Majlis Raja-Raja - Khairuddin
Kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan keputusan yang dirujuk daripada Majlis Raja-raja Melayu sendiri.
Terima kasih Malaysia! Terima kasih TMJ! - FAM
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan terima kasih tidak terhingga kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
Pemain bawa mentaliti di JDT ke skuad kebangsaan - TMJ
TMJ menyifatkan winning mentality seumpama itu merupakan sesuatu yang sememangnya diterapkan oleh kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Khairy tidak ubah pendirian mengenai jawatan presiden FAM
Sebelum menarik diri, beliau mahu melihat TMJ membuat pengesahan untuk bertanding dengan rasmi, katanya.
TMJ calon paling layak teraju FAM - Idris Haron
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mencadangkan agar Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Jadikan Jawatankuasa Pengadil satu badan bebas - TMJ
Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sepatutnya diletakkan di bawah persatuan itu.