awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq botakkan kepala di Astro AWANI malam ini? Ada berani?

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
30/12/2020
05:09 MYT
Syed Saddiq botakkan kepala di Astro AWANI malam ini? Ada berani?
Persoalannya, siapa yang bertuah dapat membotakkan kepala Syed Saddiq malam ini? Saksikan malam ini di saluran 501 Astro AWANI jam 830 malam. - Gambar fail
UMUM mengetahui Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjanji akan membotakkan kepalanya seandainya sasaran kempen mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba berjumlah RM200,000 tercapai.
Tindakan 'berani’ dan kreatif Pengasas Parti MUDA ini adalah sebahagian daripada kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan Parlimen beliau.
Sekiranya sasaran beliau tercapai, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan membotakkan kepalanya secara langsung di Saluran 501 Astro AWANI dan Live TV Digital pada jam 8.30 malam ini.
Itu janji beliau selepas cabaran diberikan sendiri oleh penyampai berita Astro AWANI, Luqman Hariz untuk Syed Saddiq melunaskan janji beliau secara langsung.
Syed Saddiq dengan selamba menyahut cabaran berkenaan!
Bring it on! Tapi kasi chance please jangan lah botak licin #BotakChallenge https://t.co/VVlN4bqvH7
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 29, 2020
Bagaimanapun mengikut twit terbaharu Syed Saddiq, ketika ini 'Kempen 1 Rumah 1 Komputer' itu telah berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM185,960.
BACA: Syed Saddiq junjung kasih TMJ bantu rakyat Muar, mohon maaf atas kesilapan
Hari terakhir! Lets give the fundraising drive one final push. Nervous ni nak transform jadi Syed Saitama. Klik link ini untuk menyumbang https://t.co/uGIISpAuzd#BotakChallenge pic.twitter.com/I4nSq4x1hB
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 30, 2020
Adakah Syed Saddiq berjaya mencapai sasarannya, pastinya semuanya akan terjawab malam ini?
Siapa sepatutnya botakkan @SyedSaddiq malam ni?#BotakChallenge
— Astro AWANI (@501Awani) December 30, 2020
Syed Saddiq melancarkan kempen tersebut pada Sabtu lepas dan melalui #BotakChallenge beliau berjanji akan membotakkan kepala jika berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM200,000.
Persoalannya, siapa individu bertuah yang akan membotakkan kepala Syed Saddiq malam ini?
Ada yang berani nak menonton?

*Aksi Menteri Belia dan Sukan itu akan membotakkan kepalanya akan disiarkan secara langsung di Saluran 501, Live TV Digital dan semua platform media sosial Astro AWANI pada jam 8.30 malam ini.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Muar
#Astro Awani
#BotakChallenge
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Ahli Parlimen Muar
#Komputer Riba
#Tengku Mahkota Johor
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan