JOHOR BAHRU: Johor membenarkan hanya 50 jemaah menunaikan solat Jumaat serta solat fardu di masjid dan surau Jumaat manakala 20 jemaah sahaja dibenarkan menunaikan solat di surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Arahan itu turut terpakai bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau sehingga 7 Jun ini atau satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin di sini.
"Jumlah tersebut termasuk pegawai, ahli jawatankuasa masjid atau surau bagaimanapun pengurusan masjid dan surau boleh menyediakan ruang solat musafir dengan syarat mesti menyediakan petugas yang memantau jemaah musafir mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Sekiranya pengurusan masjid dan surau tidak dapat menyediakan petugas, maka ruang solat itu hendaklah ditutup," menurut kenyataan itu.
Selain itu, pihak pengurusan perlu memastikan bahawa masjid dan surau Jumaat disanitasi selepas solat Jumaat termasuk alat pembesar suara imam dan bilal.
Menurut kenyataan itu, sekiranya terdapat arahan penutupan masjid dan surau disebabkan kes COVID-19, jemaah hendaklah mendirikan solat fardu di rumah masing-masing dan menggantikan solat Jumaat dengan solat zohor serta tidak dibenarkan solat di masjid atau surau lain.
Sementara itu, bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang dibenarkan adalah majlis membudayakan al-Quran, bacaan Yasin, tahlil dan wirid dengan syarat membawa al-Quran, surah Yasin dan kitab sendiri serta tiada penglibatan jemaah atau jemputan dari pihak luar.
"Bagi kelas Takmir, kelas Al-Quran, kuliah umum dan khas secara fizikal adalah ditangguhkan sementara, sehingga suatu arahan lain dimaklumkan, namun kelas pengajian secara dalam talian adalah digalakkan supaya program pengimarahan masjid dan dakwah dapat diteruskan.
"Bilal masjid dan surau Jumaat hendaklah membaca teks SOP yang telah disediakan oleh JAINJ selepas solat sunat Qabliah sebelum imam naik di atas mimbar hari Jumaat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Arahan itu turut terpakai bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau sehingga 7 Jun ini atau satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Majlis. - Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Johor sah penganjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan Johor akan menganjurkan Sukan SEA 2027 bersama-sama Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Banjir: Mangsa di empat negeri bertambah, Johor pulih
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
Tempoh rehat Jumaat dua jam mulai tahun depan - MB Johor
Kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
Johor pertimbang sektor awam kerja empat hari setengah seminggu
Johor sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah seminggu.