awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor kaji semula kadar elaun noja

Bernama
Bernama
20/07/2022
13:04 MYT
Johor kaji semula kadar elaun noja
MAINJ akan memastikan kutipan dan agihan zakat terus seimbang dan telus, selain merangkumi keperluan asnaf. - Gambar hiasan/ Bernama
BATU PAHAT: Kadar elaun noja surau dan masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan dikaji semula supaya bayarannya lebih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata setakat ini bayaran elaun kepada kira-kira 800 noja di seluruh Johor adalah sebanyak RM80 sebulan.
"Semakan semula kadar elaun noja sangat penting dalam usaha kerajaan negeri menjaga kebajikan mereka.
"Saya percaya bayaran RM80 sebulan ini sudah lama dan perlu disemak bersesuaian dengan keadaan ekonomi pada masa kini," katanya pada sidang media selepas Majis Penyerahan Bantuan Pendidikan MAINJ di sini hari ini.
Turut hadir Penasihat MAINJ Datuk Nooh Gadot.
Berhubung agihan bantuan kepada golongan memerlukan, Mohd Fared berkata MAINJ akan memastikan kutipan dan agihan zakat terus seimbang dan telus, selain merangkumi keperluan asnaf.
Katanya, jumlah agihan bantuan keseluruhan setakat Mei lepas adalah sebanyak RM153 juta dan keutamaan agihan zakat diberikan kepada golongan asnaf.
"Menerusi skim bantuan pendidikan pula, ia diagihkan kepada peringkat sekolah rendah hingga tertinggi termasuk madrasah, tahfiz, Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti dermasiswa dan bantuan komputer riba," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#noja
#kaji semula elaun
#masjid dan surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan