JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani isu kesesakan yang berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Johor dan kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperbaiki serta menambah baik sistem sedia ada, sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Beliau berkata antara inisiatif baharu yang dibincangkan dari segi isu teknikal di BSI ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi pemantauan kaunter, penggabungan kaunter, ubah suai e-gate, 'Automatic Land Barrier' (ALB), penambahan bumbung di MBike dan penyelenggaraan pendingin hawa.
"Di KSAB pula membabitkan penambahan bumbung di MBike, penambahbaikan bumbung di dewan penumpang, mengkaji semula pemasangan penghadang jalan bagi tujuan penyuraian trafik sebelum sampai ke 'checkpoint', penambahbaikan papan tanda arah dan mengkaji keperluan penyediaan bas ulang-alik dari RnR (rehat dan rawat) ke KSAB bagi mengelakkan kenderaan masuk ke laluan bas.
"Bagi menangani isu sumber manusia di BSI dan KSAB, hasil mesyuarat telah bersetuju untuk mengkaji semula waktu pertukaran syif semasa waktu puncak dan menyelesaikan isu kekurangan staf imigresen," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Menurut beliau selain itu, hasil mesyuarat juga bersetuju untuk menyelesaikan isu pentadbiran seperti tuntutan elaun kerja lebih masa serta menitikberatkan kebajikan staf dengan menambah baik ruang rehat, keselesaan kaunter seperti pendingin hawa dan kerusi.
Hantaran itu turut memaklumkan Onn Hafiz, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Zakaria Shaaban berkesempatan meninjau keadaan di BSI, pagi tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Pengarah Jabatan Imigresen Johor Baharuddin Tahir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023

Onn Hafiz (kiri) berkata Johor dan kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperbaiki serta menambah baik sistem sedia ada, sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat di antara Malaysia dan Singapura. -Gambar fail/Facebook Onn Hafiz Ghazi

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.

KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.

KDN kaji kaedah kawal selia sesuai urus hal ehwal pesara polis - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia sedang mengkaji kaedah kawal selia yang sesuai bagi menguruskan hal ehwal pesara polis dan bekas polis.

KDN buka Baitul Mahabbah, pusat perlindungan sementara kanak-kanak warga asing
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuka penempatan sementara iaitu Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di depot imigresen.

Tuduh KDN beri kerakyatan kepada warga China, Vietnam satu tohmahan dahsyat - Saifuddin
KDN sedang berusaha menyelesaikan isu berbangkit berkaitan permohonan kewarganegaraan Malaysia.

Iris pertikai KDN tamatkan kontrak imigresen sebagai 'tidak sah, menyalahi undang-undang'
IITS mempertikaikan penamatan seperti yang dinyatakan dalam notis dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingannya.

80 anak tahanan PATI dipindahkan dalam masa terdekat - Saifuddin
Seramai 80 anak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelum ini menetap di depot imigresen bakal dipindahkan ke penempatan baharu.

Kalimah Allah: KDN terima input untuk penambahbaikan arahan pentadbiran
KDN memperolehi input dan cadangan dalam urusan penyediaan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan isu penggunaan kalimah 'Allah'.

KDN tamatkan kontrak NIISe kendalian Iris Corp berkuat kuasa serta-merta
IITS, yang dikontrak sebagai pemaju untuk sistem imigresen baharu itu, menerima notis daripada KDN bertarikh 10 Ogos 2023.

KDN warta perintah larangan penerbitan berkaitan LGBTQ pada koleksi, jam Swatch
KDN menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan perintah larangan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 itu berkuat kuasa mulai hari ini.

KDN sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi.