awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor lancar Progam Semarak Subuh bermula Jumaat ini

Bernama
Bernama
03/01/2024
04:51 MYT
Johor lancar Progam Semarak Subuh bermula Jumaat ini
Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Program Semarak Subuh inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.- Gambar fail Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan Program Semarak Subuh di setiap masjid dan surau bermula Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.
"Program itu juga akan diziarahi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam) bersama-sama kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Johor, mengikut lokaliti dan zon masing-masing.
"Ini termasuklah pentadbiran kerajaan negeri di peringkat daerah dan juga mukim," katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Mohd Fared turut menyeru kepada seluruh Bangsa Johor yang beragama Islam agar hadir beramai-ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti kerohanian, selain program berkenaan.
Program Semarak Subuh merupakan inisiatif Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Semarak Subuh
#imarah masjid
#Bangsa Johor
#aktiviti kerohanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan