ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata cadangan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk dibawa ke kerajaan Persekutuan bagi diperhalusi.
"Di peringkat negeri kita sudah dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor untuk kita laksanakan ART bertingkat sebagai persediaan berdepan peningkatan jumlah pengembara ke Singapura selepas Sistem Transit Rapid (RTS) siap.
"Selain itu, Johor Bahru juga memerlukan pelbagai pilihan pengangkutan awam untuk membolehkan pergerakan keluar masuk orang ramai ke bandar raya ini lancar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama di Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Pengasas yang juga Pengerusi Kumpulan Syarikat Handal Indah Lim Han Weng.
Onn Hafiz berkata kerajaan Johor komited melakukan transformasi pengangkutan dengan memperbanyakkan penggunaan kenderaan elektrik termasuk perkhidmatan awam.
"Menerusi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), kita sedang melaksanakan inisiatif untuk memperkenalkan bas elektrik. Itu memang antara agenda kita dalam memelihara alam sekitar untuk tempoh jangka panjang," katanya.
Sementara itu, Lim berkata Handal Indah yang merupakan syarikat penyedia perkhidmatan bas, telah melabur RM80 juta bagi membeli 60 unit bas elektrik dan membangunkan infrastruktur pengecasan sendiri sebagai komitmen ke arah kelestarian alam.
Pada majlis itu, syarikat berkenaan turut menerima anugerah Malaysia Book of Records sebagai penyedia perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama di Malaysia.
Perkhidmatan bas yang dilancarkan itu melibatkan tiga laluan termasuk Larkin Sentral, Johor Bahru-Jurong East, Singapura dan Larkin Sentral, Johor Bahru-Boon Lay, Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Onn Hafiz berkata kerajaan Johor komited melakukan transformasi pengangkutan dengan memperbanyakkan penggunaan kenderaan elektrik termasuk perkhidmatan awam. - Gambar fail
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.