awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tidak abai anak muda dalam usaha capai negeri maju 2030 - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
30/10/2022
02:30 MYT
Johor tidak abai anak muda dalam usaha capai negeri maju 2030 - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata anak muda di negeri ini sangat bertuah, kerana MBNJ dinaungi oleh Tunku Mahkota Johor dan baginda berkenan untuk meletakkan penanda aras yang cukup tinggi. - Gambar fail
MUAR: Johor tidak akan mengabaikan anak muda di negeri itu, dalam usaha kerajaan negeri mencapai sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tanpa penglibatan hampir dua juta generasi muda atau belia di Johor, pihaknya khuatir usaha tersebut tidak mampu dicapai.
"Saya nak menjemput anak-anak muda, mereka kena bersama dengan kita (kerajaan negeri) kerana inilah masanya anak-anak muda seperti slogan yang telah diuar-uarkan oleh Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).
"Anak-anak muda perlu terlibat dan kita telah merangka pelbagai insentif untuk golongan ini," katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022, di Dataran Tanjung Emas Muar di sini malam tadi.
Beliau berkata insentif itu termasuk mewujudkan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di setiap daerah, sebagai platform kepada komuniti belia menjalankan aktiviti, selain kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan dan perumahan untuk golongan berkenaan.
"Jadi saya menjemput MBNJ supaya libatkanlah seberapa ramai anak muda untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri, dalam agenda untuk memajukan negeri Johor," katanya.
Onn Hafiz berkata anak muda di negeri ini sangat bertuah, kerana MBNJ dinaungi oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan baginda berkenan untuk meletakkan penanda aras yang cukup tinggi.
"Bila kita sudah ada penanda aras yang tinggi, anak-anak muda pun saya tengok dah mulakan gelombang untuk mencapai pelbagai kejayaan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Belia Johor
#negeri maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan