awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tidak pernah terima permohonan untuk buka pusat perjudian kasino

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2014
00:00 MYT
Johor tidak pernah terima permohonan untuk buka pusat perjudian kasino
Mohamed Khaled Nordin - Gambar Fail
Kerajaan negeri Johor tidak pernah menerima sebarang permohonan, cadangan mahupun perancangan daripada mana-mana pihak bagi membuka pusat perjudian kasino di negeri berkenaan.
Ia berikutan terdapat laporan sebuah laporan laman blog yang mendakwa pusat perjudian itu akan dibuka di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri tidak bersetuju jika terdapat sebarang usaha untuk membuka kasino di Johor.
Beliau juga menegaskan tindakan sedemikian hanya merugikan rakyat serta mewujudkan unsur perjudian yang dilarang sama sekali dalam Islam.
Malah beliau turut menyifatkan dakwaan itu sebagai penulisan yang nakal.
"Sebab setahu saya nak buat kasino semua lesen bukan dikawal oleh kerajaan negeri lesen dikawal oleh kerajaan pusat dan saya tak fikir kita menerima sebarang bentuk apa tu pusat perjudian tapi apa pun soal sama ada akan ada atau tidak dari segi kelulusan tu ianya perlu mendapat kelulusan pusat. setakat yang saya tahu tidak ada sebarang permohanan, tidak ada cadangan tidak ada perancangan, tidak ada permohonan tidak ada cadangan tidak ada perancangan alih-alih benda ni timbul. itu lah saya kata itu penulisan yang nakal" katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bantuan persekolahan anjuran Iskandar Investment Berhad di Pasaraya Mydin, Nusajaya Johor pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Johor
#kasino
#perjudian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan