JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk membuka dua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) swasta bagi menempatkan pesakit warga asing.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata PKRC berkenaan yang dijangka beroperasi pada Mac ini akan diletakkan di dua daerah iaitu di sebuah hotel di Iskandar Puteri dan asrama pekerja di Kota Tinggi.
Katanya, setiap PKRC dengan kapasiti kira-kira 250 pesakit itu akan menempatkan warga asing terdiri daripada pekerja dan pendatang asing tanpa izin.
"Kita masih menunggu kelulusan terutama daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum PKRC ini dapat beroperasi.
"Kos untuk berada di PKRC akan ditanggung oleh majikan atau pesakit itu sendiri. Kalau pesakit pendatang tanpa izin mereka akan diletakkan di PKRC berkenaan jika pusat tahanan penuh," katanya kepada pemberita selepas meninjau PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang menempatkan 277 pesakit di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Datuk Dr Aman Rabu dan Datuk Bandar MBPG Asman Shah Abdul Rahman.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai vaksin, Hasni berkata setakat ini seramai 18,000 petugas barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan (KKM) di negeri ini dijangka akan menerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Untuk fasa pertama ini, ia juga akan termasuk petugas barisan hadapan bukan dari KKM, tetapi masih dalam proses untuk memuktamadkan senarai yang bakal terima," katanya.
Beliau turut menjelaskan jumlah pusat pemberian vaksin di negeri ini juga masih belum dimuktamadkan.
"Pegawai Kesihatan dan Pegawai Daerah akan menjadi Pengerusi Pusat Bencana Daerah dan pusat ini akan menggunakan dewan-dewan..untuk penjara, mungkin di lokasi penjara itu sendiri.
"Kita akan memuktamadkan dengan segera khususnya senarai penerima vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021
Kata Hasni, setiap PKRC dengan kapasiti kira-kira 250 pesakit itu akan menempatkan warga asing. - Bernama
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Johor tunggu kelulusan buka dua PKRC swasta tempatkan warga asing
Setiap PKRC dengan kapasiti kira-kira 250 pesakit itu akan menempatkan warga asing terdiri daripada pekerja dan pendatang asing tanpa izin.
Johor akan hantar bakul makanan kepada rakyat Malaysia di Singapura
Kerajaan negeri Johor akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura.
Hasni mula tugas sebagai Menteri Besar Johor
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada Jumaat lalu.
Johor kaji cadangan kenakan surcaj 'Touch N Go' di CIQ
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan surcaj SGD10 (RM40) kepada pengguna-pengguna kad Touch n Go yang membuat pengisian semula di kaunter CIQ.