awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor ulangi peringatan larangan berpolitik di masjid dan surau

Bernama
Bernama
27/08/2023
08:21 MYT
Johor ulangi peringatan larangan berpolitik di masjid dan surau
Larangan berkenaan termasuk berucap dan menyampaikan sumbangan yang dilakukan oleh ahli politik di kedua-dua lokasi berkenaan. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Kerajaan Johor hari mengulangi peringatan mengenai larangan mengadakan aktiviti politik dalam program pengimarahan masjid dan surau di negeri ini susulan Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata larangan berkenaan termasuk berucap dan menyampaikan sumbangan yang dilakukan oleh ahli politik di kedua-dua lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, katanya hanya Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dibenarkan berucap dan menyampaikan bantuan di dalam masjid dan surau.
"Mana-mana orang yang beragama Islam boleh melibatkan diri dalam program mengimarahkan masjid dan surau, namun tertakluk dengan garis panduan dengan tidak dibenarkan sama sekali menyampaikan ucapan, menyempurnakan perasmian atau pelancaran program serta menyampaikan ceramah, tazkirah atau seumpamanya kecuali mempunyai tauliah selain mematuhi etika pemakaian.
"Program yang dianjurkan bukanlah berbentuk politik, tidak mempunyai lambang, logo, bendera dan apa-apa simbol yang mengandungi politik kepartian. Turut dilarang menghina mana-mana kaum serta perlu menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita," katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Fared lagi, mengenai agihan bantuan dan sumbangan pula ia merangkumi untuk kerja pembinaan dan baik pulih, sumbangan bekalan dan kebajikan ahli kariah masjid serta surau.
Beliau berkata acara yang melibatkan bantuan atau sumbangan seboleh mungkin diadakan di kawasan luar masjid dan surau seperti dewan serba guna, dataran dan padang.
"Sumbangan dan bantuan ini dibenarkan disalurkan ke dalam akaun masjid atau surau. Jika berbentuk barangan untuk kerja pembinaan atau baik pulih tidak dibenar meletakkan dan menggantung bendera, logo, sepanduk atau simbol politik termasuk pakaian ketika acara pengagihan.
"Orang perseorangan atau penganjur yang tidak patuh atau bersubahat boleh dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.
Menurutnya sebarang pelanggaran pada garis panduan itu hendaklah diadukan ke pejabat kadi daerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masjid
#politik
#surau
#Johor
#larangan berpolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan