awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor umum Ahad cuti khas peristiwa sempena kejayaan negeri dalam sukan

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
15/10/2022
15:15 MYT
Johor umum Ahad cuti khas peristiwa sempena kejayaan negeri dalam sukan
Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan pencapaian cemerlang negeri itu dalam kejohanan sukan tahun ini. - Gambar fail/FB/Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pencapaian cemerlang negeri itu dalam kejohanan sukan tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani berkata, pemberian cuti khas itu sebagai tanda meraikan kejayaan pasukan JDT menjuarai Liga Super Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam kejuaraan lain yang disertai, tahun ini
Katanya, cuti khas itu juga sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang Negeri Johor menjuarai Kejohanan Sukan SUKMA Edisi ke-20 buat pertama kalinya semenjak dianjurkan pada tahun 1986
"Kerajaan Negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai oleh pasukan negeri yang mencatatkan kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang 2022 seperti Bola Jaring, menerusi Johor Jewels, dan menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022.
"Pasukan Sepak Takraw juga beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala Tun Ali pada bulan Ogos yang lalu.
"Manakala pasukan ragbi pula menempa kejayaan apabila menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan bawah 21 tahun dan menjadi johan dalam Kejohanan HARP Men’s U-19 Championship 2022," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Sabtu.
Jelasnya, pemberian cuti ini juga merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada pihak terlibat dan rakyat negeri Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan yang bertanding mewakili negeri Johor Darul Ta’zim.
Tambah beliau, keputusan engisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Topic Berkaitan
#Johor umum cuti khas peristiwa
#JDT
#kejohanan sukan
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan