KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan lebih RM1.6 juta untuk membawa pulang 10,000 mahasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang, ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Aidilfitri nanti.
Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata menerusi program Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa, pihaknya bekerjasama dengan lapan universiti iaitu Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP yang melibatkan 2,040 pelajar, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) (1,560), Universiti Malaya (UM) (1,800), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) (1,140).
Selain itu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing 1,120 pelajar, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) (794) dan Kolej Islam Antarabangsa (KIA) (426).
"Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang dengan melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM1.628 juta," katanya ketika berucap sebelum melancarkan program 'Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa' di UPTM di sini malam tadi.
Beliau berkata perjalanan pertama ini sahaja, sebanyak 25 bas yang membawa 880 pelajar telah menuju ke Melaka, Johor, Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Kelantan selain 600 pelajar diterbangkan ke Sabah dan Sarawak, Rabu lepas.
Dalam masa sama, Syed Kamarulzaman turut mendoakan semoga perjalanan pelajar pulang ke kampung berjalan lancar dan semua penuntut selamat sampai ke destinasi masing-masing.
"Gunalah peluang cuti raya ini dengan penuh manfaat, bergembira bersama keluarga. Hari Raya adalah masa untuk mengerat hubungan keluarga dan sillaturrahim. Ingatlah untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT," katanya.
Sementara itu, Syed Kamarulzaman berkata pihaknya turut meneruskan inisiatif 'Gerobok Rezeki' di sekitar Lembah Klang pada tahun ini dengan kerjasama Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia yang bertujuan membantu masyarakat terutamanya yang terjejas untuk mendapatkan barangan keperluan harian secara percuma.
Beliau berkata inisiatif yang dilaksanakan sejak 2019 itu, adalah untuk memberi sumbangan berbentuk makanan asas serta peralatan belajar dan barangan kebersihan diri bagi tempoh setahun kepada 10 universiti dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM3 juta.
Antara universiti terlibat adalah UM, UPNM, UPTM, UKMKL, KIA, UTMKL, Politeknik Kuala Lumpur, Universiti Sains Islam Malaysia Kuala Lumpur, Kolej Queens Kuala Lumpur dan Universiti Kuala Lumpur.
"Saya mengucapkan berterima kasih kepada semua IPT yang terlibat dalam program Gerobok Rezeki. Ini membuktikan pihak universiti sentiasa peka dengan permasalahan dan keperluan pelajar-pelajar. Saya berharap tidak ada pelajar mengikat perut atau terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (lima, kiri) bergambar bersama penerima cek Cura Jom Balik Raya dan Cura Gerobok Rezeki Komuniti Universiti pada Majlis Pelancaran Jom Balik Raya bersama Mahasiswa. - Foto BERNAMA
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT
Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang.