awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam

Bernama
Bernama
06/04/2023
14:34 MYT
JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berucap pada Majlis Iftar MAKSAK Malaysia 2023 dan Penyerahan Sumbangan Rumah Anak Yatim di Dewan MAKSAK Presint 14 hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula pekeliling berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Menurut Mohd Zuki pada Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Kebangsaan yang dipengerusikan beliau baru-baru ini, ada dibangkitkan tentang isu tatacara penerimaan sumbangan oleh agensi serta kelab di bawah kementerian dan jabatan antaranya berkaitan pematuhan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 1998 berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam.
"Isunya bukannya tidak boleh untuk kelab-kelab sukan dan kebajikan untuk menerima sumbangan, namun ia perlu berlandaskan kepada garis panduan dan peraturan yang berkuat kuasa," katanya ketika berucap pada majlis iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Zuki yang juga Yang Dipertua Maksak berkata program Maksak tidak harus sekadar untuk ahli Maksak sahaja tetapi pelaksanaannya mesti disertai oleh semua peringkat penjawat awam termasuk ahli keluarga mereka.
Beliau berkata program sukan umpamanya boleh diperluas dengan segmen atau kategori permainan agar ia bukan sahaja mengkhususkan kepada mereka yang handal atau jaguh dalam sesuatu sukan tetapi juga memberi ruang kepada mereka yang amatur atau baru berjinak-jinak dengan sukan tersebut.
Mohd Zuki berkata dalam konteks program sosial umpamanya, Maksak boleh menggunakan platformnya untuk mempelbagaikan program korporat sosial dan meneroka peluang baharu dalam memberikan bantuan serta sokongan sosial kepada penjawat awam.
"Apabila spektrum penerima manfaat daripada program Maksak ini dipelbagaikan, maka ia bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI yang menekankan kepada prinsip kesejahteraan dan ihsan yang digagaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya.
Dalam konteks pelaksanaan program yang dirancang, beliau berharap semua ahli Maksak terutama dalam kalangan ketua jabatan dan agensi dapat memberikan kerjasama yang penuh bagi memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dan mencapai matlamat dengan jayanya.
Mohd Zuki berkata pada tahun ini, Maksak akan menganjurkan sejumlah 27 program yang merangkumi kejohanan sukan @MAKSAK GAMES, kebajikan, sosial dan kebudayaan di seluruh negara.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan duit dan baju raya kepada 40 anak-anak Rumah Bakti Al Kausar, Bangi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPA
#pemberian dan penerimaan hadiah
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan