awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPBN diarah waspada Amaran Hujan Lebat Berterusan - NADMA

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/12/2021
09:58 MYT
JPBN diarah waspada Amaran Hujan Lebat Berterusan - NADMA
Pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia. - Gambar BERNAMA
SHAH ALAM: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, Sabah dan Sarawak diminta sentiasa berwaspada akan Amaran Hujan Lebat Berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Aminuddin Hassim berkata, mereka turut diarah mengambil tindakan awal membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) hari ini serta memaklumkan agensi-agensi responder untuk bersiap siaga untuk operasi.
"Setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut termasuk kawasan yang memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal.
"PKOB juga telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkenaan keperluan untuk atur gerak pam bagi operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang.
"Pihak NADMA telah dan sedang menyelaras bantuan-bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab," katanya dalam sidang media di Taman Sri Muda di sini hari ini.
Jelasnya, PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember 2021.
Bagi menghadapi kemungkinan banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, beliau berkata, pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri itu.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia.
"Terdapat tanda-tanda awal berlaku luruan monsun bermula 27 Disember yang berpotensi menyebabkan hujan yang berterusan di Sarawak Barat dan Sabah Timur.
"Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir," katanya.
Tambah beliau, sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi buruk.
Topic Berkaitan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Aminuddin Hassim
#Amaran Hujan Lebat Berterusan
#Agensi Pengurusan Bencana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan