awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
14/10/2020
11:27 MYT
JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Sarawak sudah merekodkan 755 kes positif COVID-19 termasuk pertambahan tiga kes terbaharu dilaporkan pada Rabu melibatkan daerah Kuching, Miri dan Lawas. FOTO: BERNAMA
KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 serta keupayaan pasukan pengesanan kontak rapat.
Menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, JPBN Sarawak mahu meningkatkan kapasiti ujian saringan daripada 2,000 kepada 3,000 sehari.
“Tiada siapa dapat meramalkan apa yang akan berlaku esok, jadi Sarawak mesti bersiap sedia. Kami kini bersedia untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan.
“Objektif kami adalah untuk melihat keputusan dalam tempoh 24 jam dan kami juga memperkuatkan pasukan pengesanan kontak untuk memastikan perkara ini dapat dilakukan dengan cepat bagi mengenal pasti kontak rapat dan saringan,” katanya.
BACA: Tiga kes positif COVID-19 di Sarawak dilaporkan hari ini
Tambahnya inisiatif ini adalah untuk membantu mengurangkan penularan COVID-19 di negeri itu sekali gus memelihara keselamatan warga Bumi Kenyalang.
Setakat ini Sarawak merekodkan 755 kes positif COVID-19 termasuk pertambahan tiga kes terbaharu dilaporkan pada Rabu melibatkan daerah Kuching, Miri dan Lawas.
Uggah berkata demikian semasa sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Rabu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#JPBN Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#Kuching
#Miri
#Lawas
#AWANI Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan