awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ audit syarikat bas terlibat nahas rombongan tadika

Bernama
Bernama
03/08/2025
02:30 MYT
JPJ audit syarikat bas terlibat nahas rombongan tadika
Bas membawa 35 penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok di Jalan Persiaran Universiti 1, UPM, Serdang pada Sabtu. - Gambar PDRM
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan rombongan murid tadika di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu semalam dan kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
"JPJ akan jalankan JISA terhadap pengendali bas tersebut dan akan ambil tindakan selanjutnya selepas laporan audit diterima," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad dilaporkan berkata, kejadian pada kira-kira 12.18 tengah hari itu melibatkan sebuah bas membawa lima guru dan 30 kanak-kanak tadika dalam satu rombongan.
Rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial menunjukkan bas tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di laluan berkenaan.
Tiga kanak-kanak dan seorang guru pengiring cedera di bahagian kepala serta menerima rawatan pesakit luar di Hospital Serdang manakala pemandu bas ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#audit syarikat bas
#bas rombongan
#rombongan tadika
#Jalan Persiaran Universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan