awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ ingatkan segera perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun

Bernama
Bernama
24/06/2022
08:34 MYT
JPJ ingatkan segera perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Jan 2021, perlu memperbaharui lesen mereka sebelum 30 Jun ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Jan 2021, perlu memperbaharui lesen mereka sebelum 30 Jun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.
"Ia bagi mengelakkan pemegang LLM tersebut mengambil ujian semula untuk memperbaharui lesen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemakluman itu dikhususkan kepada mana-mana pemegang lesen yang diberikan Pelanjutan Tamat Tempoh (Keesahan) LLM iaitu Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL), melalui pengecualian di bawah Kaedah 19 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.
Menurutnya Pelanjutan Tamat Tempoh itu diberikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 fasa pertama yang diumumkan oleh kerajaan mulai 1 Jun 2021 dan diberikan pengecualian oleh Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Wee Ka Siong) pada 14 Okt 2021.
Beliau berkata pemegang LLM perlu segera melakukan transaksi pembaharuan sebelum tempoh akhir pelanjutan bagi mengelak pemegang lesen yang mencapai tarikh luput perlu menduduki semula ujian memandu sebagaimana permohonan lesen baharu memandu, seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.
Mengikut rekod di pangkalan JPJ, sehingga Rabu lepas jumlah pemegang lesen LDL yang belum memperbaharui lesen mereka adalah sebanyak 904,081, pemegang lesen PDL pula sebanyak 14,216 dan masing-masing bagi pemegang lesen CDL dan PSV/GDL yang belum memperbaharui lesen mereka adalah 197,030 dan 89,809.
Zailani turut mengingatkan pemilik kenderaan untuk memperbaharui LKM mereka sebelum Khamis depan bagi mengelakkan sebarang implikasi tindakan undang-undang mengikut Seksyen 23(1) APJ 1987 kerana LKM tamat tempoh.
Sehingga 30 Jun 2022, katanya jumlah LKM yang belum diperbaharui bagi tempoh tiga tahun adalah sebanyak 4.4 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#lesen memandu
#LLM
#Lesen Memandu Malaysia
#30 Jun
#pelanjutan tempoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan