KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata sebanyak 781 kenderaan turut disita kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah.
"Dalam operasi tersebut kita telah memeriksa 2,500 kenderaan yang dipandu warga asing. Di Terengganu sahaja kita kesan ada 281 kesalahan.
"Kebanyakan pesalah terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh dan Pakistan," katanya pada sidang media Op Khas Motosikal di Kuala Terengganu hari ini.
Sehubungan itu, Lokman memberi amaran tegas kepada mana-mana pemilik kenderaan warga tempatan yang memberi sewa atau menjual kenderaan kepada warga asing.
Menurut beliau mana-mana warga tempatan yang didapati terlibat dalam aktiviti tersebut akan berdepan hukuman keras termasuk disenarai hitam.
"Kebelakangan ini isu kebanjiran warga asing dah jadi isu besar dan kita terima banyak aduan daripada orang ramai.
"Oleh itu JPJ terpaksa ambil tindakan tegas dan menjalankan operasi bersepadu bersama agensi lain untuk menegakkan undang-undang termasuk peraturan jalan raya," katanya.
Dalam pada itu beliau, berkata JPJ juga telah mengeluarkan 63,414 notis saman atas pelbagai kesalahan di seluruh negara sepanjang Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan pada sidang media semasa memantau Operasi Khas Sempena Tahun Baharu Cina di Jambatan Sultan Mahmud, Pulau Duyong hari ini. - Foto BERNAMA
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Operasi Unit Perdagangan JPJ KL dipindahkan sementara akibat limpahan air
Pengoperasian Unit Perdagangan (Pintu 4) dipindahkan ke Pintu 5 dan Pintu 2 buat sementara waktu bagi memastikan operasi unit itu tidak terjejas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.