IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) menerusi pelaksanaan Operasi Khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April lepas.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 95 peratus memandu dalam kelajuan antara 130 km/jam hingga 170 km/jam manakala lima peratus lagi dikesan memandu melebihi 170 km/jam.
"Pemandu perlu lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan mengawal had kelajuan kenderaan yang bergerak pada kelajuan ditetapkan.
"Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian harian dalam tempoh musim perayaan," katanya kepada pemberita pada Operasi Bersepadu Motosikal HRA 2024 di Meru Raya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Lokman berkata pihaknya mengeluarkan 26, 313 notis pelbagai kesalahan kerana kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya menerusi Ops Khas Motosikal bagi tempoh 1 hingga 6 April.
Menurutnya, sejumlah 1,464 motosikal turut disita atas kesalahan ekstrem semasa operasi berkenaan dilaksanakan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
JPJ mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) menerusi pelaksanaan Operasi Khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April lepas. - Gambar hiasan
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.
Sedia pemandu kedua jika perjalanan lebih 300km - JPJ
Pemeriksaan JPJ mendapati masih banyak pengusaha bas yang gagal kemukakan pemandu kedua meskipun ia syarat yang wajib dipatuhi.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.
JPJ laksana 3 operasi khas sempena musim perayaan - Lokman
JPJ akan memastikan tiada pengguna jalan raya melakukan kesalahan utama seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu.
7,473 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan pada hari pertama Ops Khas HRA 2024
Sebanyak 7,473 notis dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya dikeluarkan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.