Skip to main content

Malaysia

JPJ nafi dakwaan cadang benarkan etnik Rohingya ambil lesen memandu

JPJ menafikan dakwaan kononnya Rohingya dibenarkan mengambil lesen memandu dan telah melaporkan kandungan berkenaan kepada MCMC.
JPJ menafikan dakwaan kononnya Rohingya dibenarkan mengambil lesen memandu dan telah melaporkan kandungan berkenaan kepada MCMC.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya jabatan itu mencadangkan supaya etnik Rohingya dibenarkan mengambil lesen memandu di Malaysia.

JPJ menerusi Facebook rasminya menafikan dakwaan itu susulan penyebaran kandungan bertajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu” oleh akaun Along Auto Parts, yang menurut jabatan berkenaan menyerupai berita rasmi dan boleh mengelirukan masyarakat.

"JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh menjejaskan kredibilitinya," kata JPJ dalam hantaran berkenaan.

Advertisement

Susulan penyebaran kandungan berkenaan, JPJ menjelaskan, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil.

Dalam masa sama, JPJ menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Advertisement

Orang ramai sebaliknya diminta merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Must Watch Video

Advertisement