awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Pulau Pinang keluar 143 saman dalam Ops Khas Motosikal

Bernama
Bernama
10/02/2024
05:01 MYT
JPJ Pulau Pinang keluar 143 saman dalam Ops Khas Motosikal
Operasi selama empat jam bermula 3 petang itu, dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulah Pinang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu. - Gambar fail/Bernama
BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 143 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita tiga motosikal dalam Ops Khas Motosikal sempena bulan perayaan di Plaza Tol Sungai Dua arah utara, di sini semalam.
JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi selama empat jam bermula 3 petang itu, dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulah Pinang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu.
"Sebanyak 143 notis saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan antaranya pamer nombor pendaftaran kenderaan lain, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, pamer nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal memberitahu Bernama pihaknya mengeluarkan 67 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Samseng Jalanan awal pagi ini.
Beliau berkata dalam operasi yang dijalankan di sekitar Bayan Lepas bermula 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu, pihaknya turut menyita sebuah motosikal di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
"Operasi ini turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah," katanya dan menambah operasi itu akan diteruskan pada setiap minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#pulau pinang
#Ops Khas Motosikal
#plaza tol sungai dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan