KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata kesalahan teknikal pada kenderaan mencatatkan kesalahan tertinggi iaitu 111,837 diikuti tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh (30,142), lesen kenderaan motor tamat tempoh (17,799) manakala bakinya melibatkan pelbagai kesalahan lain.
"Kesalahan teknikal ini melibatkan antaranya tayar botak, lampu isyarat rosak... peningkatan jumlah ini mungkin kerana pemandu tidak mengambil berat mengenai kenderaan masing-masing.
"Kita nasihatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan," katanya pada sidang media selepas menyertai Op Patuh Bersepadu JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan pada Selasa.
Menerusi operasi itu, sebanyak 1,217 kenderaan diperiksa dan 583 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain tiga kenderaan disita.
Operasi itu, yang bermula pada kira-kira 9 malam, disertai 82 anggota JPJ, 34 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, 10 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta 10 petugas syarikat konsesi lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Azrin ketika bercakap pada sidang media selepas menyertai Op Patuh Bersepadu JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan. - Foto BERNAMA
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.
JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Op Bersepadu: JPJ keluar 632 notis saman pelbagai kesalahan jalan raya
Sebanyak 1,122 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 401 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.
Wanita panik nampak ular dalam kereta ketika memandu
Seorang wanita memberhentikan kereta di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas panik ternampak ular di dalam kereta.
11 pekerja perkhidmatan p-hailing Selangor terlibat kemalangan maut - JPJ
Seramai 11 pekerja penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) di Selangor, terlibat dalam kemalangan maut pada lapan bulan pertama tahun ini.
2 pegawai JPJ Selangor direman terima rasuah bulanan syarikat lori
Ketua Penolong Pegawai Penguat Kuasa dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, direman selama enam hari.
181 ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops PeWA
Seramai 181 warga asing didapati bersalah atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pewa yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor termasuk 290 kenderaan yang telah diambil tindakan.
Tiga pemandu teksi khayal, miliki ganja ditahan
Dua lelaki ditahan memiliki bahan terlarang iaitu ketulan ganja mampat manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja dan syabu dalam operasi membabitkan 35 pegawai dan anggota.
JPJ Selangor terus pantau lokasi panas lori hantu
JPJ Negeri Selangor akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi tumpuan lori hantu terutama di kawasan pembinaan dan perindustrian.