awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas

Bernama
Bernama
23/01/2024
20:00 MYT
JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Azrin ketika bercakap pada sidang media selepas menyertai Op Patuh Bersepadu JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata kesalahan teknikal pada kenderaan mencatatkan kesalahan tertinggi iaitu 111,837 diikuti tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh (30,142), lesen kenderaan motor tamat tempoh (17,799) manakala bakinya melibatkan pelbagai kesalahan lain.
"Kesalahan teknikal ini melibatkan antaranya tayar botak, lampu isyarat rosak... peningkatan jumlah ini mungkin kerana pemandu tidak mengambil berat mengenai kenderaan masing-masing.
"Kita nasihatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan," katanya pada sidang media selepas menyertai Op Patuh Bersepadu JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan pada Selasa.
Menerusi operasi itu, sebanyak 1,217 kenderaan diperiksa dan 583 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain tiga kenderaan disita.
Operasi itu, yang bermula pada kira-kira 9 malam, disertai 82 anggota JPJ, 34 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, 10 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta 10 petugas syarikat konsesi lebuh raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Selangor
#pengeluaran notis
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#kesalahan teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan