awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Terengganu kesan pemilik kenderaan perdagangan menggaji pemandu bawah umur

Bernama
Bernama
25/09/2025
03:20 MYT
JPJ Terengganu kesan pemilik kenderaan perdagangan menggaji pemandu bawah umur
Mohd Zamri meninjau pemeriksaan kenderaan berat menerusi Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan tindakan segelintir pengusaha atau pemilik kenderaan perdagangan yang menggaji pemandu bawah umur sejak kebelakangan ini.
Pengarahnya Mohd Zamri Samion berkata seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan dalam Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan JPJ di Jalan Tok Adis-Cendering di sini semalam, kerana didapati memandu kenderaan perdagangan tanpa lesen.
Beliau berkata selain pemandu, kelindan lori terbabit juga disahkan masih bawah umur serta tidak mempunyai lesen memandu.
"Pemeriksaan mendapati lori yang membawa tempurung kelapa itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Marang. Kita percaya pemilik lori berkenaan mengambil risiko menggaji pemandu bawah umur bagi menjimatkan kos operasi.
"Tindakan tersebut amat berisiko dan mendatangkan bahaya kepada pemandu dan pengguna jalan raya lain. Kita telah mengeluarkan saman dan menyita kenderaan terbabit kerana jelas melanggar undang-undang," katanya ketika ditemui pada Operasi Khas Gempur di Tol Gemuruh di sini.
Sementara itu, Mohd Zamri berkata sebanyak 603 kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dikenakan tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan JPJ dalam tempoh 1 hingga 24 Sept.
Menurut beliau, ia hasil pemeriksaan terhadap 5,315 kenderaan termasuk bas ekspres, bas persiaran, lori, kereta sewa dan kenderaan e-hiling.
Antara kesalahan dikesan termasuk lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) tamat tempoh, membawa barangan lebih muatan, perlindungan insurans tamat tempoh, tidak mematuhi lampu isyarat dan lesen kenderaan barangan (GDL) tamat tempoh.
"Selain itu, sebanyak 11 kenderaan telah disita, 144 kenderaan diarah timbang manakala 12 lagi diberi lain-lain notis.
"JPJ Terengganu terus meningkatkan pelaksanaan operasi terhadap kenderaan perdagangan bagi memastikan mereka mematuhi peraturan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan serta kematian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#pemandu bawah umur
#Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan JPJ
#Mohd Zamri Samion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan