awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran berlaku di lokasi persidangan WEF semasa Trump berada dalam bangunan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ WPKL sita tiga bas henti-henti dalam Ops Harian

Bernama
Bernama
21/08/2025
02:00 MYT
JPJ WPKL sita tiga bas henti-henti dalam Ops Harian
JPJ WPKL berkata pihaknya komited dalam memastikan setiap kenderaan di jalan raya mematuhi undang-undang demi keselamatan semua. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyita tiga bas henti-henti dalam Ops Harian yang dijalankan di sekitar kawasan tumpuan pelancong di pusat bandaraya, Ahad lepas.
Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata ketiga-tiga bas perkhidmatan awam itu didapati melakukan pelbagai kesalahan serius termasuk lesen kenderaan motor (LKM) yang tamat tempoh sejak April dan Jun 2025 serta sijil pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang luput pada Mei dan Jun lalu.
"Kesemua bas berkenaan dipandu oleh warga tempatan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan saman dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan-peraturan berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamidi berkata JPJ memandang serius sebarang bentuk ketidakpatuhan, khususnya melibatkan kenderaan awam yang membawa penumpang pelancong dan warga kota.
"Penguatkuasaan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan JPJ dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan integriti sistem pengangkutan awam sentiasa terpelihara," katanya.
Menurut Hamidi, orang awam digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang melalui saluran rasmi seperti aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau e-mel [email protected] dengan butiran lengkap.
"JPJ WPKL komited dalam memastikan setiap kenderaan di jalan raya mematuhi undang-undang demi keselamatan semua. Pandu cermat, sampai selamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Ops Harian
#bas henti-henti
#Kuala Lumpur
#saman
#JPJ sita bas
#Hamidi Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan