awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN Kedah siasat isu pempengaruh rasmi majlis sekolah

Bernama
Bernama
09/12/2025
12:20 MYT
JPN Kedah siasat isu pempengaruh rasmi majlis sekolah
Terdahulu, tular di laman media sosial video dimuat naik oleh seorang pempengaruh yang memaparkan dirinya merasmikan satu majlis anugerah di sebuah sekolah di Kedah. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung isu jemputan seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri itu baru-baru ini.
JPN dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius isu berkenaan.
"Siasatan sedang dijalankan, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa.
"JPN Kedah mengingatkan semua pentadbir sekolah untuk memastikan jemputan kepada pihak luar mematuhi garis panduan, dan tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tular di laman media sosial video dimuat naik oleh seorang pempengaruh yang memaparkan dirinya merasmikan satu majlis anugerah di sebuah sekolah di Kedah.
Bagaimanapun, perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang berpendapat pempengaruh berkenaan tidak layak menjadi perasmi bagi majlis di sekolah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPN Kedah
#Jabatan Pendidikan Negeri
#pempengaruh media sosial
#rasmi majlis sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan