KOTA BHARU: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir dijangka berlaku di jajahan Kuala Krai dan Jeli bermula esok.
Menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu hari ini, beberapa lokasi di dua jajahan tersebut dikenal pasti dijangka berlakunya banjir sekiranya hujan lebat berpanjangan di lembangan Sungai Kelantan.
"Lokasi dijangka banjir di Kuala Krai bermula antara 12 tengah malam hingga 4 pagi adalah Kampung Dabong, Kampung Manek Urai, Kampung Mesek, Kampung Gajah dan kawasan sekitarnya.
"Di Jeli pula dijangka melibatkan Kampung Lawar dan kawasan sekitarnya," menurut kenyataan itu.
Selain itu, terdapat beberapa lagi lokasi di jajahan Kuala Krai turut dijangka mengalami banjir pada esok bermula 8 hingga 10 pagi iaitu Kampung Bedal, Kampung Bukit Sireh, Taman Warisan, Kampung Pertang, Kampung Ngagoh, Kampung Pahi dan Kampung Aur Duri.
Turut dijangka terjejas banjir adalah Kampung Guchil, Kampung Jirat, Kampung Gatal, Kampung Batu Mengkebang, Kampung Keroh, Kampung Batu Jong dan kawasan sekitarnya.
Menurut info banjir JPS, kawasan lembangan Sungai Kelantan yang dikenal pasti adalah lima sungai di Kuala Krai iaitu Sungai Galas, Sungai Lebir, Sungai Nal, Sungai Durian dan Sungai Pahi manakala Sungai Pergau di Jeli.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
Beberapa lokasi di dua jajahan tersebut dikenal pasti dijangka berlakunya banjir sekiranya hujan lebat berpanjangan. - Foto fail
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.